Pages

Saturday 27 June 2015

Pengenalan Diri

MENGENAI SAYA..


Teks: Siti Zaleha Binti Mohd Nasir


Nama diberi Siti zaleha binti mohd Nasir. Berasal dari kampung Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Saya merupakan anak yang ke-lapan daripada sembilan adik beradik. Sebuah keluarga yang besar lebih-lebih lagi abang dan kakak semua sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai anak. Maka bertambahlah ahli keluarga kami.

Termasuk juga dengan saya Alhamdulillah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010 dan dianugerahkan sepasang cahaya mata yang sungguh comel dan bijak.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cherang Ruku dan peringkat menengah pula di Sekolah Arab Nurul Falah Cherang Ruku. Seterusnya dengan berkat doa kedua ibubapa, saya telah melanjutkan pengajian saya di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berjaya menggenggam segulung ijazah walaupun dengan penuh suka duka. Namun demikian, sudah setahun tamat pengajian saya masih belum memohon apa-apa pekerjaan di mana-mana agensi sekalipun. Ini kerana suami tidak mengizinkan untuk saya bekerja. Beliau mahu saya menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga dengan sepenuhnya.

Walaupun begitu, ibu saya menasihatkan supaya saya mencari pekerjaan. Lebih baik sekiranya bekerja dengan kerajaan. Ibu saya seorang yang prihatin dan berfikiran panjang. Beliau bimbang sekiranya berlaku apa-apa terhadap suami, sekurang-kurangnya saya masih bekerja dan mampu untuk menanggung keluarga.

Oleh yang demikian, saya mula mencari info mengenai menjana pendapatan dari rumah. Menemui ABDR melalui satu blog dan saya terus menghubungi Puan Masayu untuk keterangan lanjut.

Alhamdulillah saya mengambil keputusan untuk mendaftar dan akan memulakan pengembaraan saya dengan ABDR. Saya percaya jika saya berusaha bersungguh-sungguh Insya Allah saya pasti berjaya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment