Pages

Tuesday, 11 August 2015

6 Petua Wajah Berseri Cara Islam

Teks: SITI ZALEHA


Assalamualaikum..

dan salam sejahtera semua..


Alhamdulillah diberi kesempatan olehNYA untk saya kongsikan sedikit sebanyak info-info yang bermanfaat untk kita semua..mudah-mudahan..InsyaAllah..

Entry saya kali ini berkaitan dengan 6 petua wajah berseri cara Islam. Bagi saya, untuk dapatkan wajah yang berseri tidak semestinya perlu dekenakan make-up mahupun cucuk botox..cukup sekadar dengan sentiasa senyum dan bermanis muka kita sudahpun kelihatan cantik dan berseri.







6 Petua Wajah Berseri Cara Islam:

(1) Amalkan membaca ' Ya Qawiyyu' selepas memberi salam kedua selepas solat.


(2) Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.


(3) Menggunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka ketika mencuci muka atau menempek moisturizer.


(4) Berselawat 3 kali keatas bedak muda setiap kali hendak berbedak dan berdoa

"Ya Allah..serikanlah wajahku agar yang memandang bersa senag dengankau.."


(5) Membaca doa ketika melihat cermin

" Ya Allah..sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah perilakuku.."


(6) Sentiasa dalam keadaan berwudhu





Wednesday, 1 July 2015

Tips Menahan Diri Daripada Memarahi Anak Kecil

TEKS: Siti Zaleha
FOTO: Siti Zaleha


Anak-anak adalah anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya. Kita sebagai ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya keatas mereka semasa mereka kecil. Bermula dari aspek pendidikan, kesihatan, emosi dan perasaan mereka semuanya perlu dijaga dengan teliti.


Banyak cabaran yang bakal kita hadapi semasa proses pembesaran anak-anak. Yelah anak kecil kadang-kadang perangai mereka tidak diduga dan boleh mendatangkan kemarahan kita. Walaupun dilarang berkali-kali mereka tetap melakukan juga. Saya percaya tentu ibubapa diluar sana sering menghadapi situasi ini. Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk para ibubapa menahan diri daripada memarahi anak kecil.



Tips menahan diri daripada memarahi anak keci:

1) Bersyukurlah kita dikurniakan anak sedangkan berapa ramai lagi pasangan diluar sana yang masih tidak mendapat cahaya mata.

2) Fikirkan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anak kita, pastinya kita akan merasa menyesal tak sudah.

3) Banyakkan beristighfar dan berselawat.

4) Elakkan daripada menyebut perkara-perkara yang negatif. Contoh, "kau ni kenapa degil sangat?"
Kata-kata itu satu doa dan ingatlah bahawa anak kecil ingatan mereka kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita.

5) Sering kali lah memperdengarkan anak-anak bacaan ayat-ayat Al-Quran supaya hati mereka menjadi lembut dan mendengar kata kita.

6) Jika anak menangis atau meragam, cuba periksa dulu apa yang membuat mereka menangis. Meragam itu adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu.

7) Bercakaplah dengan mereka secara lemah lembut dan jangan tinggikan suara.


Dewasa ini banyak kali kita mendengar tentang penderaan kanak-kanak. Apabila kurangnya keimanan didalam diri seseorang maka mereka akan bertindak diluar kawalan emosi. Sangat tidak adil untuk diterima oleh anak kecil yang lemah dan tidak berdaya untuk melawan.

Oleh itu sama-sama kita praktiskan tips ini supaya dapat menghilangkan sifat amarah didalam diri kita.semoga bermanfaat.

Sekian.
















Tuesday, 30 June 2015

Tips Sahur Yang Sihat

Teks: SITI ZALEHA
Foto: SITI ZALEHA



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Berdasarkan Hadis diatas ketahuilah kita bahawa terdapat banyak kelebihan bagi orang yang bersahur. Selain mendapat pahala dengan amalan sunat ini, ia juga dapat memberi kekuatan pada orang yang berpuasa di siang hari nanti.

Amalan bersahur tidak diamalkan oleh penganut agama lain, hanya kita yang beragama Islam sahaja yang mengamalkan bersahur. Maka ia telah membezakan puasa Muslim dengan puasa agama lain seperti Yahudi.

Selain itu juga, bangun bersahur dapat memberi peluang kepada umat Islam untuk bangun beribadah kepada Allah S.W.T pada malam hari khususnya 2/3 malam.



Agar kita terus bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa suka untuk saya untuk kongsikan tips sahur yang sihat. Antaranya:

1) Ambil 3 biji kurma sebelum makan. Ini kerana kurma lambat dihadam didalam perut dan membantu menahan lapar.

2) Banyakkan minum air kosong dan suam.

3) Elakkan minum minuman berkafein.(cepat rasa dahaga)

4) Elakkan juga minuman/makanan manis terlalu banyak.(elak dahaga)

5) Ambil minuman isotonik tanpa gas.(mengekalkan kehidratan badan)

6) Sediakan makanan yang tinggi protein dan berindeks glisemik rendah. (membuatkan perut tahan lebih lama)

7) Ambil banyak sayuran dan buah-buahan semasa bersahur. Seperti sediakan jus buah yang dicampur dengan sayur.




Semoga bermanfaat. Sekian.







Saturday, 27 June 2015

Pengenalan Diri

MENGENAI SAYA..


Teks: Siti Zaleha Binti Mohd Nasir


Nama diberi Siti zaleha binti mohd Nasir. Berasal dari kampung Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Saya merupakan anak yang ke-lapan daripada sembilan adik beradik. Sebuah keluarga yang besar lebih-lebih lagi abang dan kakak semua sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai anak. Maka bertambahlah ahli keluarga kami.

Termasuk juga dengan saya Alhamdulillah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010 dan dianugerahkan sepasang cahaya mata yang sungguh comel dan bijak.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cherang Ruku dan peringkat menengah pula di Sekolah Arab Nurul Falah Cherang Ruku. Seterusnya dengan berkat doa kedua ibubapa, saya telah melanjutkan pengajian saya di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berjaya menggenggam segulung ijazah walaupun dengan penuh suka duka. Namun demikian, sudah setahun tamat pengajian saya masih belum memohon apa-apa pekerjaan di mana-mana agensi sekalipun. Ini kerana suami tidak mengizinkan untuk saya bekerja. Beliau mahu saya menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga dengan sepenuhnya.

Walaupun begitu, ibu saya menasihatkan supaya saya mencari pekerjaan. Lebih baik sekiranya bekerja dengan kerajaan. Ibu saya seorang yang prihatin dan berfikiran panjang. Beliau bimbang sekiranya berlaku apa-apa terhadap suami, sekurang-kurangnya saya masih bekerja dan mampu untuk menanggung keluarga.

Oleh yang demikian, saya mula mencari info mengenai menjana pendapatan dari rumah. Menemui ABDR melalui satu blog dan saya terus menghubungi Puan Masayu untuk keterangan lanjut.

Alhamdulillah saya mengambil keputusan untuk mendaftar dan akan memulakan pengembaraan saya dengan ABDR. Saya percaya jika saya berusaha bersungguh-sungguh Insya Allah saya pasti berjaya.

Sekian.