Pages

Wednesday 1 July 2015

Tips Menahan Diri Daripada Memarahi Anak Kecil

TEKS: Siti Zaleha
FOTO: Siti Zaleha


Anak-anak adalah anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya. Kita sebagai ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya keatas mereka semasa mereka kecil. Bermula dari aspek pendidikan, kesihatan, emosi dan perasaan mereka semuanya perlu dijaga dengan teliti.


Banyak cabaran yang bakal kita hadapi semasa proses pembesaran anak-anak. Yelah anak kecil kadang-kadang perangai mereka tidak diduga dan boleh mendatangkan kemarahan kita. Walaupun dilarang berkali-kali mereka tetap melakukan juga. Saya percaya tentu ibubapa diluar sana sering menghadapi situasi ini. Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk para ibubapa menahan diri daripada memarahi anak kecil.



Tips menahan diri daripada memarahi anak keci:

1) Bersyukurlah kita dikurniakan anak sedangkan berapa ramai lagi pasangan diluar sana yang masih tidak mendapat cahaya mata.

2) Fikirkan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anak kita, pastinya kita akan merasa menyesal tak sudah.

3) Banyakkan beristighfar dan berselawat.

4) Elakkan daripada menyebut perkara-perkara yang negatif. Contoh, "kau ni kenapa degil sangat?"
Kata-kata itu satu doa dan ingatlah bahawa anak kecil ingatan mereka kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita.

5) Sering kali lah memperdengarkan anak-anak bacaan ayat-ayat Al-Quran supaya hati mereka menjadi lembut dan mendengar kata kita.

6) Jika anak menangis atau meragam, cuba periksa dulu apa yang membuat mereka menangis. Meragam itu adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu.

7) Bercakaplah dengan mereka secara lemah lembut dan jangan tinggikan suara.


Dewasa ini banyak kali kita mendengar tentang penderaan kanak-kanak. Apabila kurangnya keimanan didalam diri seseorang maka mereka akan bertindak diluar kawalan emosi. Sangat tidak adil untuk diterima oleh anak kecil yang lemah dan tidak berdaya untuk melawan.

Oleh itu sama-sama kita praktiskan tips ini supaya dapat menghilangkan sifat amarah didalam diri kita.semoga bermanfaat.

Sekian.